Sunday, September 25, 9707

"IF YOU TO COUNT THE BOUNTY OF ALLAH, YOU CAN'T"


Amma ba,du.
Selamat berkenalan kepada para penjaring . Semoga Allah memberi manfaat kepada kita pada segala nikmat yang telah dianugerahkan kapada kita.
Bersyukur maksudnya, melaksanakan semua fungsi nikmat yang telah di anugerahkan menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w.

Contohnya , kita melihat al-Quran ,membaca dan menghafaznya, ini bermakna kita bersyukur dengan nikmat mata, lidah, fikiran dan hati.


Sebalik nya jika kita melihat, berkata dan mengingati perkara yang dilarang Allah , akan membawa maksud , kita tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmatNya , sekalipun kita tidak memahami keadaan-keadaan tersebut.
wassalam.
pondok_tampin@yahoo.com




As Sultan Muhammad Al Fateh.
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير اميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
"Akan ditawan kota Kostantiniah , maka (yang dapat menawannya adalah) Sebaik-baik Raja , adalah Rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya .."... Maka adalah suatu yang tidak dapat dinafikan didalam sejarah, bahawa Sulthan Muhammad al Fateh ( yang dapat menawan Kostantaniah lalu menukarkannya menjadi Islambuli/Istanbuli).



Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.

Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam.





Tuesday, January 27, 2026

Buku Amalan Dunia Yang Akhirat



 Edisi cetakan terbaru serta tambahan doa anak dalam proses akan berkhatan dan  penambahan *bab kehidupan* dalamnya ada doa  masuk rumah baru, doa kenderaan baru dan doa mula berangkat safar haji dan umrah.

Cetakan terhad hanya 90 keping sahaja baki. Harga rm15 sekeping. 

Siapa berhajat sila pm 0193825486

Cetakan terhad.


Antara kata2 terluah oleh mereka yang pernah menatap buku ini.

1. "Buku ni kalau dipegang oleh ustaz2 ustazah, mula pegang rasa takda pa.. buku biasa2 ja...bila mula buka sehelai sehelai muka lepas semuka... pegang tak lepas dah... mana yang tak miliki lagi akan tanya ada jual mana buku ni?. Lama dah dok cari hok yang macam ni..."

2. Sorang kawan yang ada diploma perfileman dan pengalaman hidup.yang tragis dalam melayari kehidupan berumahtangga dan mencari jalan selamat didunia dan akhirat berkata : "Setelah berkali2 saya baca buku ini , bagus kalau dibuatkan satu filem berdasarkan isi kandungan buku ini menunjjukkan "Kehidupan adalah satu Perjalanan bermula dari kelahiran yang bermula dipandu dengan doa dan disudahi dengan doa".  

 Buku ini merupakan peta perjalanan seorang insan yang beriman.


3. Peneliti berkata "Sesuai sangat untuk setiap keluarga memilikinya sebab jika dipraktik isinya sebagai bacaan dan amalan sudah menjadi petanda keluarga orang soleh sebab tidak perlu lagi harapkan sangat orang lain dari ahli keluarga sendiri".

Tuesday, November 04, 2025

Tuan Guru Baba Rashid Wara' al Fathoni.


 Tuan Guru Baba Rashid warak.Guru kepada guru saya Baba Hasan Leweh. 

Saya sempat mengaji dengan beliau 3 hari dipondoknya di cerok keriang , Saiburi. FATHONI. Alhamdulillah.


Thursday, October 23, 2025

Sembahyang sunat awwabin adalah sunat.

 https://www.aliftaa.jo/fatwa/3698/%D8%AA%D9%81%D8%B5%D9%8A%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%82%D9%88%D9%84-%D9%81%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D9%88%D8%A7%D8%A8%D9%8A%D9%86?utm_source=chatgpt.com

Tuesday, October 07, 2025

Alim Ulamak Islam dan Kejahilan orang wahabi.

Mengandungi cebisan 5 buah kitab karangan ulama besar aswj . penuh dengan; 1-maklumat2 kaedah mazhab hanafi pada menjawab musykil orang yang menuduh dahulukan qiyas atas nas dan yang seumpamanya. 2-Nukilan jawaban ulamak sebesar Imam Subki berkenaan tawassul dan istighasah. 3- tekas penuh kitab matan aqoidu nasafiah. -cebisan kitab al maktubat imam rabbani faruq sirhindi pada menjelaskan metod mazhab imam terdahahulu telah mengambil amar dan nahi dari alquran termasuk mazhab yang 4. suku dari amalan bersandarkan kaedah ini telah diamalkan dan wujud dalam.mazhab hanafi. 5.kitab bab robitah oleh Mawlana Khalid al Baghdadi

Sunday, July 06, 2025

Bubur Asyura- rujukan amalannya














 












Kitab yang pernah diberikan kebenaran mencetak oleh majlis agama kelantan tahun1953.
Kitab yang di taqridzh oleh mahaguru ulama melayu al Allamh Sheikh Abdullah Thohir pondok bunut payung kota bhru kelantan.
 
Salah satunya menjawab dengan nukilan dari kitab2 muktabar maslah bubur asyura.

Maknanya dalam ianah tholibin ada hal bubur Asyura ni